Bonjour Fellas!
Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting. Do Follow and leave your footprint on my tagboard.
Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here.
Write your intro here:)
bold strike underline
|
Owner
Big hello peeps! I'm Amyra, a twelve years young and live as Malay, Muslim and Johorian.
Fine, amira mulakan journey. Seorang budak perempuan dilahirkan pada tepat jam 12:30 pagi di sebuah Hospital Sulatanah Fatimah, Muar. Disambut oleh seorang jururawat muda. Mama terseyum selepas berjuang habis habisan melahirkan seorang budak genius yang akan membanggakannya kelak. Itulah aku. Mira mula menangis tatkala mula melihat dunia. Kata mama, suaraku memang nyaring. Aku bersyukur kerana hingga sekarang, jasadku masih bernyawa. Aku kini 'masih tinggal' bersama kedua dua parents ku, malah, tidur berbilik. Aku menuntut di SK Bandar Tangkak, sekolah yang cukup hebat bagi ku dan kawan-kawanku. Aku telah banyak berbakti pada sekolah itu. Sekolah yang beri seribu satu pengalaman nan indah buat diriku. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi aku akan meninggalkan sejarah itu. Sedih rasanya. Dan sudah tentu aku akan melalui alam sekolah menengah. Harap semuanya baik2 saja. Aku pasti akan rindukan kawan kawan yang menjadi pendorong tegar dan guru yang tak lekang beri nasihat kepada kami semua. Untuk pengetahuan semua, aku telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mewakili sekolah dan negeri JOHOR ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan tilawah Alquran. Sesungguhnya aku bangga kerana dipilih Allah yang mampu mengalunkan ayat suci dengan baik. Selain itu, aku jugak banyak pengalaman ke pertandingan bersama my bestfie. Aku hargai peluang Allah bagi itu. Camping yang diadajan oleh sekolah juga memberi banyak erti buat diriku sendiri. First time bercamping, rasa macam aku sorang yang bahagia kat dunia nie. Serious, aku tak tipu. First time tidur dalam khemah jadi masalah buat diriku dulu. Sekarang, tidak lagi. Aku jadi makin berani tempuhi hari hari mendatang. Aku sayang kawan kawan aku, aku sayang guru guru , mama & papa yang hebat dan awesome. Tahun nie, aku merupakan mangsa UPSR . Takut dan gementar sentiasa ada. Doakan kejayaan aku time peperiksaan sebenar nanti, InsyaALLAH. Aku jugak berterima kasih yang tidak terhingga kepada Dia Pengatur Kejadian Di Bumi. Kerana mengurniakan aku kehidupan yang lebih dari cukup. Yang tidak diingini juga ada tersedia depan mata. Punya ibu bapa juga sudah amat berharga buatku. Berbanding dengan mereka diluar yang sudah ketiadaan tempat mengadu. harap semua tu tak terjadi dalam masa yang singkat. "YA ALLAH YA RAHMAN, BERI AKU PELUANG MERASAI KEBAHAGIAN BERSAMA KEDUA IBU BAPAKU. BERI AKU KESEMPATAN LAGI, YA ALLAH," Amin, Ya rabbal alamin. Aku tak tahu apa macam mana masa depan aku. Aku tak tahu apa nasib aku bila dah besar nanti. Sesungguhnya, apa yang aku impikan, tak selari dengan usahaku. Nak jadi pendakwah macam nabi, bukan mudah. Tapi, akan aku usahakan sebaik mungkin. Tiap hari, mama akan mendoakanku agar menjadi anak yang solehah. Perkara itu akanku semat baik baik dalam diri dah berusaha untuk ke arah itu. InsyaAllah. Doakan yang terbaik buatku. Doakan agar aku sentiasa mengalunkan ayat suci pada bila bila masa. Doakan kejayaan dan impianku akan tercapai. Semoga dirahmati dan diredhaiNya, Amin. WE FRIEND TILL JANNAH <3 ! ASSALAMUALAIKUM :)
terubat rindu , keh2
Assalamualaikum wbt.
Aku hamba lemah yang hanya mampu memohon dan memohon mengharap IhsanNya.
Sejujurnya, mira nak minta selori kemaafan dan keampunan selama mira tak hiraukan korang semua. tak hiraukan ? Argh, sebenarnya tidak sekali ! mira cuma sibuk sejak UPSR nie. Ye, mira tahu UPSR da lama habis, tapi entah kenapa, hati ini sedikit boring dan malas nak buat entry baru.
Maafkan Mira !
Terkejut jugak mira, perghhh lamanya aku tak menaip. Mira baru habis baca cerita LOVE > HATE. mira bukan baca kat buku, mira baca kat internet. ade sys yang sangat kreatif telah mencipta 'novel' dalam internet. novelnya agak unik disebabkan menggunakan watak Artis Korea. OMG! memang hot la kan bila terbayangkan orang yang sedang kita baca handsome gila. Wataknya tu, wahhh hebat ! ada watak LUHAN jugak tau. tajuk 'Dont Deny'. Seriously, mira memang tabik springgg la gila kat dia, sebab bakat dia tu, perghh hebat. banyak betul idea. antara banyak2 novel yang mira dah baca di blog dia tu,
1. Dont Deny
2. Secret Love
3. Emotions
4. The beautiful target
5. Love more than hate
Dalam banyak-banyak nie, mira jatuh hati kat cerita no 5. macam mana mira boleh jatuh hati? Erghh mira tak boleh jawab soalan tu, sebab mira memang sure kalau korang baca, confirm gila ah memang korang pun akan rasa macam mana mira rasa. Kalau siapa tak dpt feeling tu, means dia tak de naluri? *xde naluri? wahh, parah ni parah .. heee, gurau je dongg *endon jap
jika berminat = http://fanfictionbloggie.blogspot.com :)
okay, tukar topik pulak. Ehehe :P korang nak tahu khabar mira time exam besar hari tu? hehe, act tak delah se besar SPM kan? kuang4. apa aku nak cakap sebenarnya nie ? okay2. Alhamdulillah, mira just okey. keputusan dr cikgu yang mira terima, taklah buruk mana, dan tak jugak hebat dan pandai mana. Sederhana juga. Mira bersyukur kerana Allah masih beri kesempatan. Setelah cikgu Sabariah tanda BM paper 1, Alhamdulillah syukur nikmat, markah mira 34. harap-harap real result keluar mcm tu jugak. Amin! BI paper 1 pun Alhamdulillah. cuma takut paper 2 je. sebab dua2 paper kena gabung dulu kan, baru boleh tentukan sama ada A tau tidak. Math tak tahu kenapa, cikgu Zanita tak bagi kiteorang tahu markah berapa. mungkin cikgu tanak kami risau agaknya. Yang mira risau sekarang ini, terlampau lampau amat la risau SN ! mira terkejut marah mira rendah kali nie. nak dapat A sangat nipis untuk subjek ini. Apa boleh mira buat, takdir Allah mira kena yakin 100%. Sebab mira tahu, kalau la mira B sains, Allah ada rancangan yang lebih baik, cuma belum tiba masanya lagi. Mira kena percaya rencana Allah itu. Siapalah mira nak persoalkan itu semua. Yang penting, mira tahu dan mira dah buat semampu boleh. mira jugak sendiri tahu berapa banyak usaha yang mira buat.
"Setiap kejadian yang berlaku, ada hikmah disebaliknya yang tidak pernah kita sedari,"
at the first, memang mira sedih dan malu. kawan-kawan markah tinggi. adakah selama ini firasat mira betul?
"Biasanya, kalau dah dapat 5A dalam trial, real exam mesti jatuh satu tangga,"
Ya Allah, minta dijauhkan Ya Rabb. Mira dah buat yang termampu. Mira dah tawakkal, mira dah tak ada nak risaukan sangat. Mira percaya takdir yang Allah tetapkan. Kalau keputusan mira tak berapa nak baik, Mira kena redha! Mira wajib redha! Mira kena buang semua perasaan malu. mira mesty buat dek je kat orang keliling. anggap mcm kita je sekarang yang hidup kat planet BUMI ni.
Astaghfirullah, apa yang mira cakap ni ? kenapa tetiba mira cakap seolah-olah mira memang tak dapat 5A? Please, dont give up ! Wake up amira badriyah! Ya, mira tahu. mira just nak prepare apa yang patut. prepare ape ? prepare la apa yang patut bila keluar result nnti. at least, mira tak sedih .. kan.. hehe, dah2 ! stop sedih2. leceh betull
btw, tak da langsung da cerita about my ex PC. *prince charming. mira dah tak suka dia dah. MUKTAMAD. okay, please understand me. jangan biarkan mira cakap mcm keling dengan orang yang tak faham dengan statement ni . tqvm. tak tau kenapa taste suka berpindah randah. haha. taste pindah randah ? hai..manuisa. cepat je rasa bosan. tak tahu kenapa -_-. about pertanyaan dy yg dulu tu, mira buat dek aje. sesungguhnya, mira malas nak couple2. *aku baru 12. baru nak mulakan hidup, ni nk nyebok datang cairkan hati. pi belah la sane* heee, dialog dalam diri sendiri. hati sekeras batu tidak mahu untuk membina sebuah harapan dalam diri seorang lelaki. tak nak ! mira rasa, macam euww gelinya nak couple2. bersayang-sayang bagai. tak main laahh. zaman sekarang dah guna bahasa arab.. baru gempak , kan ?
act, mira tak tahu kenapa perasaan nie hadir dalam diri seorang lelaki yang lain. pulakk dahh. sangat la sulit untuk mira jelaskan di sini. korang cuma tahu je dah cukup kan ? arigatou sebab faham ^_^. i dont know every mira datang sekolah, mira akan mencari arah manusia itu dulu. haha, kenapa? Entah, entahhh .. entahhhh. hee, entah la wei, mira tak tahu :P kawan2 kecoh main mesej-mesej dengan manusia tu? apa perasaan mira masa tu? cemburu ? arghhh, korang mesti faham punya. ;P kali ni, mira tak ketinggalan tau ! haha, mira pun ape kurangnya, chat dengan dia. okey la what . haha, mira tak sanggup nak lebih dari tu. hehek. memang mira tak nak.
mungkin kawan mira pun diam tak diam sukakan manusia tu ? ergghhh, apa aku kisah? bukan hal aku pun -,-' *cakap segupa gangster KL* mira tak boleh sukakan manusia tu ! tak boleh ! tak boleh ! takkkkkkk !! mana boleh mira terima manusia tu ejek mira minah beca dengan budak seangkatan dgn dia tu.. sapa lagi kalau bukan hafizi. mujur skrg budak tu dah pindah. tah apa khabar tntg dia, lama tak dengar. harap apa firasat mira selama nie tak betul. mira tak boleh suka budak kerek tu. haha, act td kat sekolah agama, cikgu cakap tak salah suka suka ni, *erkk, tak salah? op! belum habis ckp lg* sebab perasaan tu fitrah. tapi kena kawal pergaulan. :)
Mira penat. mira ngantuk. bye olls , Ehehek :D
Assalamualaikum wbt <3
Older Post
|