Bonjour Fellas!

Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting. Do Follow and leave your footprint on my tagboard.
Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here.
Write your intro here:)
bold strike underline
|
Owner
Big hello peeps! I'm Amyra, a twelve years young and live as Malay, Muslim and Johorian.
Fine, amira mulakan journey. Seorang budak perempuan dilahirkan pada tepat jam 12:30 pagi di sebuah Hospital Sulatanah Fatimah, Muar. Disambut oleh seorang jururawat muda. Mama terseyum selepas berjuang habis habisan melahirkan seorang budak genius yang akan membanggakannya kelak. Itulah aku. Mira mula menangis tatkala mula melihat dunia. Kata mama, suaraku memang nyaring. Aku bersyukur kerana hingga sekarang, jasadku masih bernyawa. Aku kini 'masih tinggal' bersama kedua dua parents ku, malah, tidur berbilik. Aku menuntut di SK Bandar Tangkak, sekolah yang cukup hebat bagi ku dan kawan-kawanku. Aku telah banyak berbakti pada sekolah itu. Sekolah yang beri seribu satu pengalaman nan indah buat diriku. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi aku akan meninggalkan sejarah itu. Sedih rasanya. Dan sudah tentu aku akan melalui alam sekolah menengah. Harap semuanya baik2 saja. Aku pasti akan rindukan kawan kawan yang menjadi pendorong tegar dan guru yang tak lekang beri nasihat kepada kami semua. Untuk pengetahuan semua, aku telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mewakili sekolah dan negeri JOHOR ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan tilawah Alquran. Sesungguhnya aku bangga kerana dipilih Allah yang mampu mengalunkan ayat suci dengan baik. Selain itu, aku jugak banyak pengalaman ke pertandingan bersama my bestfie. Aku hargai peluang Allah bagi itu. Camping yang diadajan oleh sekolah juga memberi banyak erti buat diriku sendiri. First time bercamping, rasa macam aku sorang yang bahagia kat dunia nie. Serious, aku tak tipu. First time tidur dalam khemah jadi masalah buat diriku dulu. Sekarang, tidak lagi. Aku jadi makin berani tempuhi hari hari mendatang. Aku sayang kawan kawan aku, aku sayang guru guru , mama & papa yang hebat dan awesome. Tahun nie, aku merupakan mangsa UPSR . Takut dan gementar sentiasa ada. Doakan kejayaan aku time peperiksaan sebenar nanti, InsyaALLAH. Aku jugak berterima kasih yang tidak terhingga kepada Dia Pengatur Kejadian Di Bumi. Kerana mengurniakan aku kehidupan yang lebih dari cukup. Yang tidak diingini juga ada tersedia depan mata. Punya ibu bapa juga sudah amat berharga buatku. Berbanding dengan mereka diluar yang sudah ketiadaan tempat mengadu. harap semua tu tak terjadi dalam masa yang singkat. "YA ALLAH YA RAHMAN, BERI AKU PELUANG MERASAI KEBAHAGIAN BERSAMA KEDUA IBU BAPAKU. BERI AKU KESEMPATAN LAGI, YA ALLAH," Amin, Ya rabbal alamin. Aku tak tahu apa macam mana masa depan aku. Aku tak tahu apa nasib aku bila dah besar nanti. Sesungguhnya, apa yang aku impikan, tak selari dengan usahaku. Nak jadi pendakwah macam nabi, bukan mudah. Tapi, akan aku usahakan sebaik mungkin. Tiap hari, mama akan mendoakanku agar menjadi anak yang solehah. Perkara itu akanku semat baik baik dalam diri dah berusaha untuk ke arah itu. InsyaAllah. Doakan yang terbaik buatku. Doakan agar aku sentiasa mengalunkan ayat suci pada bila bila masa. Doakan kejayaan dan impianku akan tercapai. Semoga dirahmati dan diredhaiNya, Amin. WE FRIEND TILL JANNAH <3 ! ASSALAMUALAIKUM :)
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum wbt.
First sekali, mira kali ni nak tunjukkan beberapa gamba yang menari hati. Gambarnya cantik dan isi yang ditulis pada gambar padat dengan pengajaran. Mira nak share dekat semua :) Sumber dari :- Facebuk Mebuk.

ahh, comel gila kraf tangan nie . geram :D
![Photo: Indeed!!!...
•► “... ALLAH is the Best of Planners!” [Ali-Imraan (3):54] ♥
•► “... and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.” [Al-Baqarah (2):216] ♥](http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c67.0.403.403/p403x403/581994_10151025170554496_48190644_n.jpg)
Subhanallah !

Allahu Akbar !

Sayyidina Ali bin Abi Talib

sedap baca puitis2 nie. itu jea kot . korang, kadang2 mira berangan jugak nak tukar nama mira dengan, JANNATUL ADNI. Sedap kan ? tahu ape maksudnya , maksudnya ialah syurga adni. Mantap erti nama nie .suka sangad .
Dalam kesempatan nie, Mira nak ucapkan terima kasih banyak2 dapat tolong mira. Terima ksih jugak pada diri sendiri yang beri kerjasama. Kalaulah mira tak ikut prinsip ini , Sabar didahulukan, mira tak tahu la apa jadi. Sesungguhnya, semua yang terjadi adalah di atas kehendak-Nya . Alhamdulillah, mira berasa puas dan lega. Allah beri kesempatan sekali lagi untuk mira harumkan nama sekolah agama pulak. Mira baru jea pulang dari pertandingan peringkat daerah td. Dan tak lama lagi, mira akan wakil ledang untuk ke peringkat negeri.
Undur kembali...
Pagi tu, mira bangun tidur, pada jam 5:45 pagi. Mira ingt lagi pukul berapa mira bagun. sebab mase mama kejut tu, mira bangun dan terus tengok jam kat handphone. Mira turun bawah amik tuala , naik atas balik, mira segera mandi . mira rasa , tak payah la ek mira citekan ape yang mira buad dalam bilik air tu. Apa yang korang buad masa mandi, itulah yang mira buad , Lagipun, terlalu private. Then, mira pakai baju cantik2, sembahyang. Lepas mira sembahyang, mira try la latih2 sikit untuk panaskan suara, tapi mira tak smpai bila naik tinggi. Then, mira kemas ape yang patut. Mira pakai tudung ariani yang mama belikan time mira dpt tmpt ketiga tilawah kebangsaan. Mira bangga. Mira keluar rumah dalam keadaan ngantuk sikit. Bila mira ngantuk, papa mulalah membebel 3 minit sebab x ikut cakap dia tidur awl sebelum ke perntandingan. Maafkan mira. Papa hantar mira kat sekolah. Papa letakkan mira kat tempat tunggu kat sekolah. time mira sampai, ada lah beberapa orang yang da sampai. Tak lama kemudian, barulah seorang lagi tiba . Kiteorang buad la apa yang patut mase tunggu cikgu tu. mira nie pulak, sekejap main game, sekejap baca novel, bukannya nak selawat memuji ALLAH apatahlagi berharap padaNya. Bila cikgu sampai, mira , aliah (syarahan bahasa arab) , dan nurin (bercerita) , kiteorang ikut cikgu suhana. Fazly (Tilwah) dan Aiman (tilwah thp1) , ikut cikgu Zurini . Kiteorang sampai sekolah agama bandar tangkak dalam beberapa minit saja perjalanan . Maklumlah, memang dekat. Kwan2 mira semua sekolah sana. Ramai yang tak sekolah dengn mira.
Pagi tu, selepas kiteorang selesai taklimat dan sarapan, kiteorang bergegas ke bilik pertandingan masing2. Mira duduk . Mula2 mira kena tunggu bacaan tilawah tahap 1, pastu baru mira. Mira dapat giliran no 1. Huh, sapa yang tak gementar ? Mira pun tunggu la nama mira dipanggil . Dup dap dup dap. Degupan jantung makin kencang. Akhirnya, nama dipanggil. Mira segera ke meja untuk memperdengarkan bacaan. Mira baca dengan baik. Alhamdulillah, Bacaan mira lancar. Cuma ada part2 yang sumbang mambang. Selepas selesai perujian tu, mira dengan afifah (lawan mira) turun ke bawah untuk makan. Afifah pun sebenarnya pandai. Suara sedap. Tajwid bagus. Kat bawah tu, kiteorang jumpa budak2 wakil yang lain. Kiteorang makan sama2 dalam surau sebab masa tu x cukup kerusi nak duduk. Semua dah penuh. Kiteorang makan . Dah lapar gila mase tu. TIme tu jugak, mira tambah satu senduk nasi. Sampai ustazah kat sebelah cakap cam nie ,"Eh, kuat juge kau makan ek," . HAHA. ustazah mesti baru tahu. Da lama dah mira nie kuat makan. Tapi badan je sekeping cam roti bak kata Akif. Sesudah makan, mira masuk dewan dengan mulut terkumat kamit menyeru yang ESA dan berselawat ke atas Rasul Junjungan SAW.
Mira duduk diam, tunggu keputusan. Tiba2 tak alih2, peserta semua dipanggil keluar untuk menyambut perasmi datang . Dengan panas teriknya, AH, memang sengsara ! Kiteorang beratur dan menunggu tetamu kehormat untuk lalu laluan sakti tu. Dah sudah tu, kiteorang smua balik ke tempat masing2. Mula2, dengar ucapan dari siapa entah, mira pun tak tahu , dan sebenarnya tak ingin nak hamek tahu. Last2, mira tertidur.Lama2 sakit bontot, mira tidur atas peha afifah. Then, tiba saat sakti buat mira. Siapa nama yang dipanggil dulu untuk beratur, maksudnya dia yang JOHAN. Alhamdulillah, dengan kuasa-Nya, nama mira disebut dulu. Mira bangun dan diikuti oleh Afifah. Afiifah no 2. Nasib baik mira tak kena baca depan org ramai. lelaki jea. Habis pencapaian ape2 semua, sekolah mira amik gamba atas pentas. Mira letih tapi best. Dan akhirnya, Mira dihantar oleh cikgu Zandariah, balik ke rumah. Cikgu walijah pun ikut sekali. Untuk pengetahuan, Nurin pun akan sama2 ikut mira ke KULAI nanti :)
Assalamualaikum wbt .
I hate you ;D
Older Post . Newer Post
|