Bonjour Fellas!

Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting. Do Follow and leave your footprint on my tagboard.
Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here.
Write your intro here:)
bold strike underline
|
Owner
Big hello peeps! I'm Amyra, a twelve years young and live as Malay, Muslim and Johorian.
Fine, amira mulakan journey. Seorang budak perempuan dilahirkan pada tepat jam 12:30 pagi di sebuah Hospital Sulatanah Fatimah, Muar. Disambut oleh seorang jururawat muda. Mama terseyum selepas berjuang habis habisan melahirkan seorang budak genius yang akan membanggakannya kelak. Itulah aku. Mira mula menangis tatkala mula melihat dunia. Kata mama, suaraku memang nyaring. Aku bersyukur kerana hingga sekarang, jasadku masih bernyawa. Aku kini 'masih tinggal' bersama kedua dua parents ku, malah, tidur berbilik. Aku menuntut di SK Bandar Tangkak, sekolah yang cukup hebat bagi ku dan kawan-kawanku. Aku telah banyak berbakti pada sekolah itu. Sekolah yang beri seribu satu pengalaman nan indah buat diriku. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi aku akan meninggalkan sejarah itu. Sedih rasanya. Dan sudah tentu aku akan melalui alam sekolah menengah. Harap semuanya baik2 saja. Aku pasti akan rindukan kawan kawan yang menjadi pendorong tegar dan guru yang tak lekang beri nasihat kepada kami semua. Untuk pengetahuan semua, aku telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mewakili sekolah dan negeri JOHOR ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan tilawah Alquran. Sesungguhnya aku bangga kerana dipilih Allah yang mampu mengalunkan ayat suci dengan baik. Selain itu, aku jugak banyak pengalaman ke pertandingan bersama my bestfie. Aku hargai peluang Allah bagi itu. Camping yang diadajan oleh sekolah juga memberi banyak erti buat diriku sendiri. First time bercamping, rasa macam aku sorang yang bahagia kat dunia nie. Serious, aku tak tipu. First time tidur dalam khemah jadi masalah buat diriku dulu. Sekarang, tidak lagi. Aku jadi makin berani tempuhi hari hari mendatang. Aku sayang kawan kawan aku, aku sayang guru guru , mama & papa yang hebat dan awesome. Tahun nie, aku merupakan mangsa UPSR . Takut dan gementar sentiasa ada. Doakan kejayaan aku time peperiksaan sebenar nanti, InsyaALLAH. Aku jugak berterima kasih yang tidak terhingga kepada Dia Pengatur Kejadian Di Bumi. Kerana mengurniakan aku kehidupan yang lebih dari cukup. Yang tidak diingini juga ada tersedia depan mata. Punya ibu bapa juga sudah amat berharga buatku. Berbanding dengan mereka diluar yang sudah ketiadaan tempat mengadu. harap semua tu tak terjadi dalam masa yang singkat. "YA ALLAH YA RAHMAN, BERI AKU PELUANG MERASAI KEBAHAGIAN BERSAMA KEDUA IBU BAPAKU. BERI AKU KESEMPATAN LAGI, YA ALLAH," Amin, Ya rabbal alamin. Aku tak tahu apa macam mana masa depan aku. Aku tak tahu apa nasib aku bila dah besar nanti. Sesungguhnya, apa yang aku impikan, tak selari dengan usahaku. Nak jadi pendakwah macam nabi, bukan mudah. Tapi, akan aku usahakan sebaik mungkin. Tiap hari, mama akan mendoakanku agar menjadi anak yang solehah. Perkara itu akanku semat baik baik dalam diri dah berusaha untuk ke arah itu. InsyaAllah. Doakan yang terbaik buatku. Doakan agar aku sentiasa mengalunkan ayat suci pada bila bila masa. Doakan kejayaan dan impianku akan tercapai. Semoga dirahmati dan diredhaiNya, Amin. WE FRIEND TILL JANNAH <3 ! ASSALAMUALAIKUM :)
Cukuplah.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Hati mira sakit. Kenapa mira yang kena terima semua ni ? kenapa mira yang kena pikul benda yang mira tak inginkan? Mira sedih. Sampai begini jadinya. Mira malu sangat. Mira kesal dan insaf apa yang mira dah buat.
sangat pedih. Hati ni rasa bagai dihiris banyak kali. Mira tak tahu kenapa jadi begini. Mira rasa .. Arghhhh !
Mira macam tak boleh terima apa yang berlaku sekarang ni.
Setiap individu pasti ada rahsia tersendiri. Itu normal. Tapi ia jadi tidak normal bagi mira bila someone tu tidak tepati janji. Bocorkan rahsia orang sesuka hati. Tak fikir apa risiko pada tuan punya rahsia. Bukan someone tu yang malu. Mira sendiri yang kena tanggung seorang diri. Mira rasa nak nangis sekarang ni. Ye, mira dah tak boleh tahan lagi. Mira nangis sekarang ni. Mira x sangka adik mira sendiri khianti mira. Mira tak terfikir langsung. mana mira nak letak muka ni ? cakap ! Im so sorry. Mira frast gila. mira emosi. rasa macam nak gila tahu ! Padahal, kami dah berjanji, tidak akan membocorkan rahsia masing2.
maaf, buat korang blurr. Baik, mira ceritakan hal sebenarnya.
Lepas rehat, mira dan budak2 lain termasuk ily, naik atas sama sama. Seperti kebiasaannya. Mira baru sampai depan kelas mira. Ija tiba2 serbu mira. "Aby, kau suka akmal eh?" Sambil senyum2. Time tu, mira rasa macam nak jatuh. Pengsan. Terkedu mira waktu tu. Terkejut ++ shock. "Tak de ah. Mana kau tahu ni. Sapa cakap?" mira balas sambil muka tak lepas dari terkejut beruk. "Syasya bagitahu aku. Dia tahu dari Aqilah," What ? korang tahu, hati mira dah bilang yang bukan2 . Semuanya negatif belaka ! Time tu, mira jalan selangkah selangkah. Dalam kepala, berfikir2, apadah jadi ? macam mna kalau akmal tahu berkenaan ini ? Apa mira nak buat ? Mira bingung. okey la, mira cuba relax kan diri. Mira masuk dalam kelas. Mira belajar macam biasa. Tiba2, mira feeling . Mira seolah-olah badmood sekjap. Tak de hati nak cakap. Tau sebab apa mira jadi cam tu ? Sebab sebelum tu, Mira dengan ily haifa pergi tandas. Kiteorang dah sampai depan tandas. Ily time tu dah masuk dulu dalam tandas. Hati mira dah agak yang lepas nie mesti akmal akan lalu dari belakang. Dia lalu betul2. time dia lalu, kiteorang sangad gedik ! terutama mira. Mira masuk ar cam biasa. Mira dengar sebelah ketawa kuat2. So, mira keluar mira jerit kat diaorang , "oi, diam sikit. Cikgu dengar,"
Bila diaorang keluar, kiteorang cepat2 keluar jugak dari tandas. kiteorang lari masa nak naik tangga tu. Terkejut jugak bila tengok dia tengah pakai kasut kat tangga. Haha. Lepastu, kiteorang jalan cm biasa. Smpai tengah2 tu, mira pulak yang nak pakai kasut betul2. Time mira tengah pakai kasut tu, dia dengan Norsyam lalu. Mira malu la jugak. Pastu, tak disangka sangka, mira tengok belakang, mira lihat selamba jea ily jalan seiring sebelah akmal. Apa punya kawan macam tu? Sedangkan ily tahu sangad yang mira sukakan akmal. tapi kenapa nak buat mira cemburu ? Dulu, dia sebok sangad dengan Faisal . Sampai orang bergurau sikit dengan blog Faisal, dia marah. naik angin , marah sangad tulis dalam blog lama dia tu. Paling mira bengang gila, dia tahu mira nampak dia. Tapi dia just boleh ketawa ketawa. Dia nak berlagak gedik dengan budak tu. ARGHHH ! Mira tahu mira tak cantik, tapi takyah nak sakitkan hati mira. Kawan kau sendiri ! kau kena faham dan terima. Cakap sajelah kau suka bila langgar dia, bila rpat dengan dia bagai. Hati kata lain. Mulut kata lain. Kau sebenarnya khianati aku, ILY ! Mira memang dah tak boleh tahan. Kenapa semua dia nak ? Kenapa semua orang nak dia ? Mira tak jeles sebab mira tahu itu rezeki dia. Tapi mira tak puas hati . Dia mesti ada.
Ily, apa kawan kau ni nak buat ? Kawan kau ni, sedih gila . Kau tolonglah faham. Mira sayangkan kau ily. Malah, dulu mira bukan main galak memberontak bila ily couple dengan orang yang mira suka. (Faisal). Tapi, lama kelamaan mira dah okey. Mira tak kisah langsung dah. Yup, Itu mira. Mira buad macam tu sebab memang mira sayang gila kat ily. Mira just, okey,, mira redho.
Untuk pengetahuan korang, ini post semalam. mira edit balik sebab malam semalam, time mira syok2 menaip, tiba2 papa kata nak pergi makan malam kat luar. So, mira terpaksa la tutup cepat2. So sekarang, mira baru jea balik dari sekolah pagi. Tuisyen macam biasa. Mira jalani hidup macam biasa kat sekolah tadi. Time belajar BI, cam tak de hati jea. Sebab mira asik fikirkan benda tak sepatutnya. Mira buntu gila sekarang nie. Sampailah waktu rehat. Waktu yang paling mira lupakan. Mira cakap dengan ily, "Ily awk pergi rehat dulu. Kite nak g belakang jap," Pastu ily nak ikut. Tapi mira tak kasik. So mira gi la belakang cepat2. Bila mira sampai belakang, tak alih2 ily datang. Nasib baik dia tak nampak apa mira buat. Kalau tak, tak tahulah apa jadi ! Ily datang membuatkan mira tertanya-tanya. Sebab ily kata nak bagitahu sesuatu. Dari riak muka sahabat mira tu, mira dapat tahu yang ily nak cakap perkara yang penting. Pada mulanya, ily macam takut2 nak bgitahu. Akhirnya, dia bagitahu jugak. Dia kata akmal tanya dia something masa dia baru sampai kat sekolah tadi. Akmal cakap cam gini, "Ea, mira suka aku ke ?" Ily jawab tak tahu. Dia cakap, "ko jangan bagitahu dia," time mira dengar benda yang tak disangka sangka keluar dari mulut ily, mira dah risau sangd. Dalam hati, mampuslah aku. Mira cakap kat ily yang mira malu gila kat akmal . Dia dah tahu.
Time dah nak habis rehat, aku dan ily beranikan diri serbu dia. "oi jangan lari," So , mira pergi dekat kat dia. Dia lari. Time dia lari tulah yang buat mira rasa nak nangis. Sebab malu sangat. dalam hati kata, aku ni dah gila agaknya. Tetiba nak g dekat. Time tu mira cakap yang semua benda tu hanya FITNAH. tapi dia macam tak tahu apa yang mira cuba nak sampaikan. tak tahu sama ada dia sengaja buat2 tak tahu, atau memang betul2 tak tahu. Dia cepat jea naik atas. dengan asyraf dan lagi sorang spe entah. Tak amik pot pun nak tahu sapa yang ada dengan dia masa tu. Masa tu mira rasa macam bukan di dunia sebenar. Tangan mira sejuk. Mira menggigil dan ketakutan. Cam nampak hantu. Mira nak cakap lagi , nak jujur dan ceritakan y sebenarnya, tapi mira malu. Kalau dia marah mira macam nie ? Nnty dia ingat mira memang betul2 sukakan dia. Tengoklah nanti keadaan nya cam mana.
Mira sangat pening pikir benda ni. Mira malu. Mira tak boleh tahan semua nie dah. Cukuplah benda nie dah terjadi pada mira dulu2. Jangan sekarang time dah nak periksa penting. Dari kisah mira ni, mira sarankan korang , x payahla nak bercouple atau suka someone tu diam2. Just lupakan sahajalah . Sebab dia bukan sukakan kite jugak kan ? Pikirlah sendiri. Jangan sampai jadi cam mira, nanti korang sendiri yang malu.
Assalamualaikum wbt.
Older Post . Newer Post
|